KUNJUNGAN PFA MALAYSIA KE PEJABAT PERKESO NEGERI SELANGOR

PFA Malaysia telah mengadakan kunjungan mesra ke Pejabat PERKESO Negeri Selangor hari ini. Hadir dalam kunjungan ini adalah Naib Presiden PFAM Razman Roslan, Ketua Pengawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail serta eksekutif PFAM yang lain.

PERKESO Negeri Selangor pula diketuai oleh Encik Ismail Abi Hashim Pengarah PERKESO Negeri Selangor, Encik Kamarullail Omardin Timbalan Pengarah PERKESO Negeri Selangor (Penguatkuasaan) serta kakitangan PERKESO Negeri Selangor.


Perbincangan dua hala diantara deligasi PFAM dan PERKESO Negeri Selangor telah menyentuh beberapa perkara termasuklah penerangan berkaitan kepentingan untuk mencarum dibawah skim bencana kerja bagi para pemain bola sepak. Selain itu, wujud perbincangan mengenai faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sekiranya terdapat penamatan kontrak terhadap pemain.

Terima kasih diucapkan kepada pihak PERKESO Negeri Selangor yang telah menerima kunjungan mesra dari PFAM dan diharapkan kerjasama dua hala ini dapat diteruskan dengan lebih erat.

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp