KUNJUNGAN PFA MALAYSIA KE KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

PFA Malaysia telah mengadakan kunjungan mesra ke Menara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada hari Rabu. Hadir dalam kunjungan ini adalah Presiden PFAM Safee Sali dan Ketua Pengawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail.

KWSP diketuai oleh Encik Nurhisam Hussein Ketua Pegawai Strategik, Puan Balqais Yusof dari Jabatan Pengurusan Strategik dan Encik Syahrizan Winardy Rusli Bahagian Perundangan KWSP.

Perbincangan antara dua deligasi ini menyentuh beberapa perkara termasuklah penerangan mengenai kepentingan mencarum melalui KWSP.

Selain itu, wujud perbincangan mengenai cadangan program kesedaran pengurusan kewangan kepada pemain bola sepak profesional.

Terima kasih diucapkan kepada pihak KWSP kerana telah menerima kunjungan mesra dari PFAM dan diharapkan Kerjasama dua hala ini dapat diteruskan dengan lebih erat pada masa akan datang.

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp