Kuala Lumpur, 3 April 2023 –Satu Perjanjian kolaborasi antara Persatuan
Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dan agensi
pelancongan haji dan umrah, Skymatt Travel & Services Sdn Bhd telah
diadakan dalam satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman
(MoU)di Furama Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Program Kembara Umrah & Ziarah PFAM merupakan inisiatif unik PFAM dalam
membantu para pemain bola sepak profesional menunaikan ibadah haji dan
umrah menerusi pakej yang ditawarkan bersama Skymatt Travel & Services.
Objektif perjanjian kolaborasi ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran
yang selamat dan selesa kepada ahli PFAM yang bagi tujuan umrah serta
membantu ahli dari segi bimbingan serta panduan rohani ketika berada di
tanah suci.
Menurut Presiden PFAM, Safee Sali “Program Kembara Umrah & Ziarah PFAM
ini merupakan cetusan idea Farizal Marlias yang merupakan bendahari PFAM.
Kami merasakan hal ini merupakan inisiatif yang baik selain daripada melihat
aspek kebajikan pemain di atas padang, kita juga ingin memperjuangkan
aspek kebajikan di luar padang.”
“Program ini merupakan program yang sangat penting untuk menunjukkan
bahawa PFAM sangat prihatin terhadap kebajikan pemain daripada segala
sudut” tambah beliau lagi.
PFAM akan terus komited dalam memperjuangkan dan membantu komuniti
pemain bola sepak profesional secara keseluruhan dari segi kebajikan dan
pembangunan pemain.