UNDIAN PEMAIN TERBAIK LIGA SUPER PFA MALAYSIA EDISI MEI 2023

1 . T. Saravanan (Kuala Lumpur City FC)

Penyerang muda berusia 22 tahun ini adalah pemain yang berjaya mencuri tumpuan sejak kebelakangan ini, diberi kepercayaan oleh Bojan Hodak untuk menjadi penggempur pasukan yang menyaksikan beliau mengumpul keseluruhan dua gol setakat ini.

2. Bergson Da Silva (JDT)

Digelar sebagai mesin gol JDT, Bergson tampak semakin menunjukkan bisanya dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini.

Bergson meledak hatrik ketika membantu JDT membelasah Kelantan United 6-0 sebelum ini dan turut mencetak nama selaku penjaring dalam dua perlawanan seterusnya menentang Kuching City dan Sri Pahang.

3. Darren Lok (Sabah FC)

Darren terus menjadi salah satu penyerang tempatan terbaik dalam saingan Liga Super musim 2023 setakat ini.

Darren menyumbang dua gol sepanjang bulan Mei sekaligus memastikan Sabah tidak berada jauh dengan kelompok tiga pasukan teratas Liga Super

4. Sony Norde (Terengganu FC)

Menyumbang impak besar buat Terengganu dalam aksi Liga Super sepanjang Mei. Dua jaringannya membantu Terengganu mencuri satu mata ketika seri 2-2 dengan Sabah di Kota Kinabalu.

5. Ayron Del Valle (Selangor)

Penyerang import ini juga meneruskan persembahan progresifnya bersama-sama Selangor apabila terus mengekalkan ketajaman di depan pintu gol.

Meledak jaringan ketika bertemu Perak dan Kedah, Ayron merakamkan tiga jaringan pada bulan Mei bersama-sama Gergasi Merah.

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp