T. SARAVANAN (KUALA LUMPUR CITY FC) PENERIMA ANUGERAH PEMAIN TERBAIK BULANAN LIGA SUPER PFAM EDISI MEI 2023

Pemain pasukan Kuala Lumpur City FC, T. Saravanan dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi edisi Mei 2023.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden PFAM, Safee Sali dalam satu majlis ringkas sebelum perlawanan Liga Super antara Kuala Lumpur City FC dan Terengganu FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

T. Saravanan menerima peratusan undian tertinggi sebanyak 53.8% mengalahkan empat calon lain iaitu Sony Norde (Terengganu FC -19.63% ), Ayron Del Valle (Selangor FC – 17.35% ), Bergson Da Silva (JDT – 15.76% ) dan Darren Lok (Sabah FC – 3.86% )

Beliau menerima hadiah plak, wang tunai bernilai RM2,000 dan produk minuman protein tajaan OPI

Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM ini dikelolakan oleh Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM). Hal ini merupakan satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bola sepak profesional daripada PFAM.

Sesi pemilihan dibuat melalui panel pemilih yang terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan dan undian akan dibuka selama seminggu kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia.

Para pengundi boleh membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser) melalui laman web rasmi PFAM iaitu www.pfam.my.

Semoga anugerah ini dapat menjadi pendorong kepada pemain untuk lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi mereka.

 

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp