Satu kunjungan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil telah diadakan pada 10 Jun 2023 dan kunjungan ini telah dihadiri oleh Presiden PFA Malaysia En. Safee Sali, Timbalan Presiden PFA Malaysia En. Razman Roslan, Setiausaha PFA Malaysia En. Zaquan Adha dan Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia En. Izham Ismail.
Turut hadir juga, para pelajar, guru, jurulatih dan staff sokongan Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk hadir dalam kunjungan PFAM kali ni.
Tujuan kunjungan ini diadakan adalah bagi memberikan satu pendedahan awal kepada para pelajar mengenai kontrak pemain bola sepak profesional dan berkongsi pendapat mengenai hala tuju para pelajar untuk menjadi pemain bola sepak yang berkualiti pada masa akan datang.
Menjadi lebih manis untuk kunjungan PFA Malaysia kalini, En. Safee Sali, En. Razman Roslan dan En. Zaquan Adha merupakan bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil. Perkara sebegini menjadi lebih bermakna dan mengembalikan nostalgia mereka ketika menjadi pelajar di sini.
Dalam masa yang sama, satu perkongsian nostalgia sebagai pelajar di sini malahan juga perkongsian pengalaman sebagai pemain bola sepak juga telah dikongsi bersama dengan warga Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Pihak PFAM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Sukan Bukit Jalil yang sudi memberikan satu kerjasama yang baik semasa kunjungan ini diadakan. Semoga para pelajar disini menjadi pemain bola sepak yang berjaya malah menjadi atlet yang hebat untuk negara di masa hadapan.