LEANDRO VELAZQUEZ (JDT) PENERIMA ANUGERAH PEMAIN TERBAIK BULANAN LIGA SUPER PFAM EDISI APRIL 2023

Pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velázquez dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi edisi April 2023.

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail dalam satu majlis ringkas sebelum perlawanan Liga Super antara Johor Darul Ta’zim dan Kuala Lumpur City FC di Sultan Ibrahim Stadium, Iskandar Puteri malam tadi.

Leandro menerima peratusan undian tertinggi sebanyak 55.47% mengalahkan empat calon lain iaitu Hassan Ali Saad (Penang FC – 36.69%), Stefano Brundo (Sri Pahang FC – 4.26%), Ayron del Valle (Selangor FC – 1.96%) dan Paulo Josué (Kuala Lumpur City FC – 1.60% )

Beliau menerima hadiah plak, wang tunai bernilai RM2,000 dan produk minuman protein tajaan OPI.

 

Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM ini dikelolakan oleh Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM). Hal ini merupakan satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bola sepak profesional daripada PFAM.

Sesi pemilihan dibuat melalui panel pemilih yang terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan dan undian akan dibuka selama seminggu kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia.

Para pengundi boleh membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser) melalui laman web rasmi PFAM iaitu www.pfam.my.

Semoga anugerah ini dapat menjadi pendorong kepada pemain untuk lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi mereka.

#pfamalaysia #pfam #potm #LigaSuper2023 #DemiLigaKita #opiproteindrink

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp