UNDIAN PEMAIN TERBAIK LIGA SUPER PFA MALAYSIA EDISI JUN 2023

1. Mohd Nabil Ahmad Latpi (PDRM FC)

Dua gol jaringan Nabil pada bulan Jun merupakan sumbangan yang cukup signifikan dihasilkan pemain tersebut.

Meledak ketika menentang Sabah dan Perak, dua gol Nabil memastikan PDRM menyapu bersih kemenangan dalam tiga aksi PDRM pada bulan Jun.

2. Lee Tuck (Kedah Darul Aman FC)

Dua gol ketika menentang Sabah dan tiga bantuan gol ketika bertemu Perak menjadi bukti Jun adalah merupakan bulan terbaik untuk Lee Tuck.

Sumbangan pemain kebangsaan ini berjaya membantu Kedah memperoleh dua kemenangan dalam tiga aksi Liga Super.

3. Fernando Forestieri (Johor Darul Ta’zim)

Berterusan menjadi igauan buruk pemain pertahanan di Liga Super apabila mengekalkan momentum jaringan selepas meledak satu gol ketika membantu JDT menewaskan Penang dan Terengganu di laman lawan sekali gus menerajui senarai penjaring terbanyak.

4. Ayron del Valle (Selangor FC)

Penyerang dari Colombia ini terus mempamerkan bisanya apabila meledak tiga gol dalam dua perlawanan liga sepanjang Jun yang mana dia mencipta hatrik untuk membantu Selangor merekodkan kemenangan besar 7-1 ketika berdepan Kelantan United.

5. Stefano Brundo (Sri Pahang FC)

Tiga gol yang dijaringkan bulan ini menujukkan yang Stefano Brundo terus menjadi ayam tambatan utama Sri Pahang musim ini dalam hal menjaringkan gol.

Prestasi memukau ketika mencipta kebangkitan sewaktu bertemu Negeri Sembilan merupakan ‘highlight’ utama persembahan pemain ini pada bulan Jun.

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp