LEE TUCK (KEDAH DARUL AMAN FC) PENERIMA ANUGERAH PEMAIN TERBAIK BULANAN LIGA SUPER PFAM EDISI JUN 2023

Bekas Pemain pasukan Kedah Darul Aman FC, Lee Andrew Tuck dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi edisi Jun 2023.

Anugerah itu disampaikan oleh Eksekutif Pentadbiran PFAM, Hanani Azren Husin dalam satu majlis ringkas di pejabat PFAM pada Isnin. Turut hadir adalah Pengarah Eksekutif Optastar Protein Sdn. Bhd, Aidi Abdullah.

Lee Tuck menerima peratusan undian tertinggi sebanyak 61.7% mengalahkan empat calon lain iaitu Fernando Forestieri (Johor Darul Ta’zim – 17.40%), Mohd Nabil Ahmad Latpi (PDRM FC – 11.07%), Stefano Brundo (Sri Pahang FC – 8.24%) dan Ayron del Valle (Selangor FC – 1.41%)

Beliau menerima hadiah plak, wang tunai bernilai RM2,000 dan produk minuman protein tajaan OPI

Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM ini dikelolakan oleh Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM). Hal ini merupakan satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bola sepak profesional daripada PFAM.

Sesi pemilihan dibuat melalui panel pemilih yang terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan dan undian akan dibuka selama seminggu kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia.

Para pengundi boleh membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser) melalui laman web rasmi PFAM iaitu www.pfam.my.

Semoga anugerah ini dapat menjadi pendorong kepada pemain untuk lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi mereka.

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp