Pada 31 Julai hingga 4 Ogos 2023, PFA Malaysia dengan kerjasama Persatuan Jurulatih Bola sepak Malaysia (PJBM) telah mengadakan satu kursus kejurulatihan bola sepak lesen D di Arena Sukan Azman Hashim, UKM Bangi.
Kursus ini telah disertai sebanyak 27 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan untuk Instruktor jurulatih kursus kejurulatihan PFAM-PJBM lesen D kalini ialah En. Fauzi Pilus serta dibantu oleh En. Patrick Loo dalam tempoh lima hari kursus ini dijalankan.
Menjadi lebih manis untuk kursus kalini, Nurin Shazatul Haiza Razali merupakan seorang peserta wanita dan merupakan peserta yang paling muda yang berumur 17 tahun turut menyertai kursus kejurulatihan ini.
Selain itu juga, bekas pemain bola sepak negara Thamil Arasu juga menjadi salah seorang peserta dalam kursus kejurulatihan ini.
Majlis penutup ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia, En. Izham Ismail dan YDH ACP (B) Mohd Dali Wahid selaku Naib Presiden merangkap Setiausaha Kehormat PJBM.
Visi PFAM untuk pemain bolasepak di bawah PFAM meneruskan legasi dan meneruskan bakti dalam bolasepak Malaysia dan PFAM akan terus komited untuk memberi platform kepada semua pemain untuk memajukan diri dalam apa jua bidang termasuk kejurulatihan dan program seumpama ini akan terus diadakan di masa hadapan.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya menamatkan kursus kejurulatihan PFAM-PJBM lesen D 2023 dan semoga bakal menjadi jurulatih bola sepak yang berjaya untuk masa hadapan bola sepak negara.