1. Muhammad Feroz Baharudin (Johor Darul Ta’zim)
Feroz boleh diibaratkan sebagai wira tak didendang bagi Johor Darul Ta’zim (JDT) dimana beliau menampilkan prestasi yang cukup memberangsangkan.
Semakin membuktikan kematangan dan kekentalan ketika bertahan dalam setiap perlawanan apabila sumbangnya menyaksikan JDT hanya bolos sekali dalam empat aksi terakhir serta turut mencetak nama sebagai penjaring ketika menewaskan Negeri Sembilan 2-0.
2. Ramon Machado de Macedo (Sabah FC)
Meskipun dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua musim ini, namun itu tidak menjadi halangan bagi Ramon untuk mencipta prestasi cemerlang di barisan serangan Sabah
Ramon menjaringkan empat gol sepanjang bulan Julai dan memastikan Sabah terus bersaing bagi mengisi slot ke pertandingan Asia musim hadapan.
3. Azrif Nasruhaq Badrul Hisham (Sri Pahang FC)
Bekas pemain Selangor ini menjadi antara watak penting bagi bahagian pertahanan Sri Pahang yang mana dia juga mampu bertindak sebagai pemain sayap.
Azrif adalah antara pemain yang paling mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Fandi Ahmad apabila dia sudah beraksi hampir kesemua aksi yang melibatkan Sri Pahang FC pada musim ini.
4. Ifedayo Olusegun (Kedah Darul Aman FC)
Bekas penjaring terbanyak Liga Super 2020 dan 2021 ini tidak menunggu lama untuk memberi impak kepada pasukan baharunya, Kedah Darul Aman.
Sepanjang tiga aksi sejak penampilan sulung bersama KDA ketika berdepan PDRM, 9 Julai lalu, Ifedayo meledak gol dalam setiap perlawanan termasuk menyumbang gol kemenangan Sang Kenari ketika menewaskan Kuching City 1-0.
5. Romel Morales (Kuala Lumpur City FC)
Ketajaman Morales di depan pintu gol cukup memberikan bisa buat KL City pasca pemergian Bojan Hodak memberikan impak besar kepada persembahan KL City yang mana tiga aksi Liga Super sepanjang Julai sahaja dia meledak lima gol.
Morales meledak gol dalam semua tiga perlawanan itu termasuk mencipta hatrik ketika KL City menewaskan kelantan 5-1.