PFA MALAYSIA MENZIARAHI SAUDARA HAFIZUDDIN DI KUALA TERENGGANU

Pada 10 Ogos 2023, Presiden PFA Malaysia En. Safee Sali telah menziarahi saudara Muhammad Hafizuddin Ismail yang menghidapi masalah saraf dan tulang rapuh di Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Hajat Hafizuddin ingin bertemu idolanya yang merupakan bekas pemain bola sepak negara itu termakbul apabila presiden PFA Malaysia En. Safee Sali telah hadir sendiri untuk menziarah melihat keadaan saudara Hafizuddin itu sendiri.

Menurut bapanya En. Ismail, Kesihatan Hafizuddin mula merosot sejak terjatuh tangga pada usia 12 tahun dan tumbesarannya menjadi terbantut sejak itu.

Selain itu juga, Saudara Hafizuddin yang kini berusia 21 tahun itu menghabiskan kebanyakkan masanya dengan berbaring dan memerlukan bantuan untuk menguruskan dirinya.

Dalam ziarah ini, En. Safee Sali juga meluangkan masa dengan memberi kata-kata semangat kepada saudara Hafizuddin serta beliau juga diundang untuk bermain alat permainan video bersama saudara Hafizuddin.

Pihak PFAM juga telah memberikan cenderahati seperti sehelai jersi pasukan kebangsaan dan sebiji bola yang ditandatangani khas oleh En. Safee sendiri sebagai kenangan untuk saudara Hafizuddin ini.

Selain itu juga, pihak PFAM ingin mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan Yayasan Ikhlas yang banyak membantu untuk menjayakan ziarah ini.

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp