MEMPERKASAKAN BOLA SEPAK WANITA MALAYSIA DENGAN PENGANJURAN PFAM WOMEN’S FOOTBALL WEEK 2023

Perkembangan bola sepak wanita di peringkat global semakin pesat dengan kemajuan dan begitu juga dengan Malaysia yang tidak terkecuali untuk berada dalam arus peredaran yang sama dalam membina ekosistem bola sepak wanita dalam negara.

PFAM berbesar hati dengan menganjurkan program “PFAM Women’s Football Week 2023” dimana pelbagai aktiviti telah diadakan bagi meraikan penglibatan kaum hawa dalam dunia bola sepak di Malaysia.

 

Gambar sekitar program PFAM Women’s Football Clinic 2023

 

Berikut merupakan aktiviti yang telah diadakan pada 2 Disember 2023 dimana satu program dikenali sebagai “PFAM Women’s Football Clinic 2023” telah diadakan di Eco Ardence Football Arena, Setia Alam.

Program ini diadakan dan dipecahkan mengikut kategori umur seperti U8, U10, U12, U14 dan U16 dimana program ini telah dihadiri sebanyak 40 peserta bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak perempuan untuk mendalami ilmu serta teknik dalam dunia bola sepak.

Menjadi lebih manis dalam program ini, jurulatih untuk program kalini merupakan peserta yang pernah menjalani kursus kejurulatihan bola sepak anjuran PFAM-PJBM seperti En. Mohamed A’izat Hassan, En. Md Norzalizan Mahamad serta En. Nur Hadi Mohamad dan dibantu oleh Pn. Nurul Dhamira yang kini bergiat aktif bersama akademi di Lembah Klang.

Selain itu juga, kehadiran pemain bola sepak wanita kebangsaan seperti Steffi Sarge Kaur, Fatin Shahida Azmi, Nur Arliana Nabila dan Nur Fatin Rozani turut hadir bagi memberikan tunjuk ajar kepada para peserta dimana rata-rata dari mereka menjadikan pemain ini sebagai idola mereka untuk terus terlibat dalam dunia bola sepak wanita.

Penganjuran program ini memberikan satu sinar yang positif kepada ibu bapa peserta yang terus menyokong anak-anak mereka dalam terlibat dalam dunia bola sepak wanita dari peringkat akar umbi sehingga menjadi seorang pemain profesional pada suatu hari nanti.

 

Gambar sekitar program forum bola sepak wanita : “Membina Persekitaran Profesional”

 

Minggu Bola Sepak Wanita PFAM 2023 diteruskan lagi dengan penganjuran forum bola sepak wanita dengan tema “Membina Persekitaran Profesional” pada 4 Disember 2023 di Hotel Dorsett Hartamas, Kuala Lumpur.

Tema membina persekitaran profesional ini menekankan topik mengenai stereotaip gender, penyediaan kemudahan dan juga perubatan keselamatan di tempat kerja dimana perkara sebegini menjadi satu perbualan dan isu bagi pemain bola sepak wanita profesional di Malaysia.

Forum ini telah diacarakan oleh Dayang Atul yang merupakan pengacara dan pembaca berita di Astro Arena selalu moderator serta panel jemputan seperti Dr. Ghandi Nathan Solayar yang merupakan pakar bedah ortopedik Ara Damansara Medical Centre, Cik Hannani Adriana Shamsul Azizan selaku pemain kebangsaan bola sepak dan juga futsal wanita serta Dr. Jasmiza Khuzairi Jasmi yang merupakan Pakar Perubatan Sukan Institut Sukan Negara.

Topik perbincangan ini sedikit banyak memberikan satu input yang berguna kepada tetamu yang hadir malah sesi pertanyaan soalan juga turut diadakan bagi memberikan pandangan bagi memajukan lagi perkembangan ekosistem dalam bola sepak wanita.

 

Gambar sekitar program “PFAM Women’s Football Dinner”

 

Bagi meraikan dan menghargai para pemain wanita yang aktif bermain bola sepak, program “PFAM Women’s Football Dinner” telah diadakan pada 6 Disember 2023 di Hotel Dorsett Hartama, Kuala Lumpur.

Dalam program ini, majlis pemberian anugerah juga turut diadakan dimana Nur Najwa Irdina Zaidi telah memenangi Pemain Muda terbaik wanita PFAM 2023 dan sekaligus membawa pulan trofi dan wang tunai manakalah Nur Lyana Soberi yang berkelana di Kosovo telah memenangi anugerah pemain wanita terbaik PFAM 2023 serta membawa pulang trofi dan juga wang tunai untuk kemenangan tersebut.

 

Gambar sekitar program “PFAM Women’s Football Friendly”

Bagi menutup program PFAM Women’s Football Week 2023, penganjuran satu perlawanan persahabatan 9 sebelah bersama pilihan Steffi Sarge Kaur dan pilihan Intan Serah telah diadakan di Padang Sintetik Wisma FAM, Kelana Jaya pada 10 Disember 2023.

Turut hadir, Presiden PFAM En. Safee sali dan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM En. Izham Ismail yang turut serta menjadi pemain pada perlawanan persahabatan 9 sebelah ini.

Pilihan Intan Serah terus unggul dalam perlawanan ini dengan mencetak kemenangan sebanyak 9-6 terhadap pilihan Steffi sekaligus membawa pulang trofi kemenangan untuk perlawanan kalini.

Penganjuran PFAM Women’s Football Week ini secara tidak langsung memberikan satu impak yang positif terhadap perkembangan dunia bola sepak wanita dalam negara.

Semoga penganjuran program ini menjadi satu perkara yang penting bagi menjadi pencetus untuk memajukan bola sepak wanita di Malaysia ini dengan lebih pesat.

Pihak PFA Malaysia juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ara Damansara Medical Centre yang sering membantu dan memberi khidmat rawatan sepanjang program PFAM Women Football Week 2023 berlangsung serta para penaja seperti Blackbox selaku penaja jersi untuk program PFAM Women’s Football Clinic 2023, Zush selaku penaja jersi untuk program PFAM Women’s Football Friendly, Marigold selaku penaja air berperisakan citarasa tempatan serta pihak Drive M7 selaku penaja minuman tenaga sepanjang program PFAM Women’s Football Week 2023 ini dianjurkan.

 

Blackbox selaku penaja jersi program PFAM Women’s Football Clinic 2023

 

Zush selaku penaja jersi program PFAM Women’s Football Friendly 2023

 

Marigold selaku penaja air berperisakan citarasa tempatan

 

Drive M7 selaku penaja minuman tenaga

 

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp