Wakil dari PFAM, En. Syamil Rosli selaku Eksekutif Media PFA Malaysia telah menemui pemain bola sepak wanita kebangsaan, Nurul Azurin Mazlan dan Nur Liyana Soberi di KLIA Terminal 2 sebelum berlepas ke Kosovo awal pagi tadi.
Nurul Azurin Mazlan dan Nur Lyana Soberi merupakan pemain bola sepak wanita kebangsaan telah menerima tawaran untuk bermain di sebuah kelab bolasepak yang berpangkalan di Kosovo.
Turut hadir, beberapa ahli keluarga dan rakan kedua-dua pemain ini datang untuk memberi sokongan moral sebelum mereka menuju ke pintu perlepasan.
PFAM ingin mengucapkan Selamat maju jaya buat Azurin dan Liyana! Doa kami rakyat Malaysia sentiasa bersama anda.