DELEGASI PFA MALAYSIA HADIR DALAM PERHIMPUNAN AGUNG FIFPRO ASIA/OCEANIA DI TASHKENT, UZBEKISTAN.

 

PFA Malaysia telah hadir dalam Perhimpunan Agung FIFPRO Asia/Oceania yang diadakan di Tashkent, Uzbekistan buat kali pertama di sana pada 11-13 November 2024.

Wakil PFA Malaysia telah dihadiri oleh Presiden, En Safee Sali dan Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia En. Izham Ismail. Turut hadir bersama, 13 wakil persatuan pemain telah hadir yang terdiri dari Australia, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Qatar, Uzbekistan, Thailand, New Zealand, Republik Korea, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Arab Saudi.

Dalam acara ini, ia adalah peluang untuk melihat kemajuan Kesatuan Bola Sepak Uzbekistan (UFU) sebagai calon ahli FIFPRO Asia/Oceania dan di samping itu juga ia turut mengambil langkah untuk membina masa depan, termasuk kemajuan ke arah penubuhan dewan penyelesaian pertikaian kebangsaan (NDRC) oleh UFU dan Persatuan Bola Sepak Uzbekistan (UFA).

Kajian mengenai penganjuran daripada Persatuan Pemain Bola Sepak Pro Korea (KPFA) dan projek penanda aras tempat kerja oleh PFA Australia (PFA) menjadi perhatian dalam Perhimpunan Agung kalini yang membolehkan ahli gabungan dari seluruh Asia berkongsi pendapat bersama dalam perhimpunan ini.

Dalam kongres ini juga, Takuya Yamazaki (FIFPRO Asia/Oceania) telah dicalonkan untuk menyertai ahli lembaga global FIFPRO yang terbaharu setelah dicalonkan oleh ahli gabungan semasa perhimpunan FIFPRO Asia/Oceania ini diadakan di Tashkent. Percalonan beliau dalam ahli lembaga ini akan diluluskan pada Perhimpunan Agung Global FIFPRO yang bakal diadakan pada bulan November di Bali, Indonesia.

#SedekadPFAMalaysia
#SupportingThePlayers
#BuildingTheGame

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp