Pemain sayap lincah Sri Pahang FC , T. Saravanan, sekali lagi membuktikan ketajamannya di pentas Liga Super Malaysia apabila dinobatkan sebagai Grab Player of the Month bagi bulan Mac dan April musim 2024/2025.
Ini merupakan kali kedua beliau meraih anugerah pemain terbaik bulanan selepas pernah memenanginya bersama Kuala Lumpur City FC pada musim lalu.
Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan reputasinya sebagai salah seorang pemain sayap terbaik di Malaysia, tetapi turut membuktikan kematangannya dalam mengawal permainan.
Pemilihan beliau sebagai Grab Player of the Month Liga Super 2024/2025 adalah hasil daripada undian peminat di mana Saravanan meraih kemenangan dengan peratusan undian sebanyak 43.87%, sekaligus mengatasi pencabar-pencabar lain yang turut menunjukkan prestasi cemerlang.
Kelincahan luar biasa, kepantasan memukau dan kreativiti tinggi dalam merencana serangan menjadikan Saravanan antara watak penting dalam setiap perlawanan Sri Pahang FC.
Kejayaan ini tidak datang sekelip mata, ia adalah hasil usaha keras dan dedikasi bersama pasukannya. Teruskan bersinar Saravanan dan berikan persembahan lebih mantap dalam aksi seterusnya!